Langkau ke kandungan utama

BEREKONOMI ISLAM SATU JIHAD.




Ada Hadis yang maksudnya: "Orang yang berekonomi mengikut syariat itu satu jihad seperti berjihad fisabilillah." 

Bila dikatakan [[Jihad|jihad]], ia bukan lagi satu masalah yang kecil. Ia sudah jadi perkara besar dan penting. Kerana di dalam Islam,ada tiga perkara yang terpenting iaitu: 
1. Iman 
2. Solat atau sembahyang 
3. Jihad 

Ekonomi dan perniagaan itu dianggap jihad fisabilillah oleh Islam kerana: 
1. Berekonomi dan berniaga itu bebannya berat. 
2. Berekonomi dan berniaga memerlukan waktu dan masa yang banyak. Berekonomi dan berniaga itu secara langsung atau tidak langsung adalah menyiapkan keperluan dan kepentingan negara dan rakyat di segi makan minum, pakaian, rumah dan tempat tinggal dan lain-lain lagi. Ini penting. 

Yang lebih utama dari itu, syariat Islam dalam bidang ekonomi dan perniagaan sangat luas. Kalau kita memiliki ilmu dalam ekonomi, maka akan banyak hukum-hakam Tuhan yang akan dapat dibangunkan di dalam berekonomi itu. 


Ertinya sesiapa yang mengusahakan ekonomi dan perniagaan Islam, dia juga melaksanakan sebahagian besar dari syariat Tuhan. 

Dengan erti kata yang lain, kalau syariat itu benar-benar dapat ditegakkan dalam ekonomi, ia akan membawa manusia makin takut dengan Tuhan dan makin nampak kebesaran Tuhan. Contohnya, dalam berekonomi ada sabar. Sabar bila orang marah dengan kita. Sabar dalam menekan rasa marah.Sabar itu diperintah oleh syariat. Dalam berekonomi, ada kerjasama dua hala atau ada kerjasama antara peniaga dengan pembeli.Kerjasama itu tuntutan syariat. Bila ada kerjasama, kita disuruh berkasih sayang dan berukhwah.


Itu pun tuntutan syariat. Bila banyak berinteraksi dalam berekonomi, kita tidak dapat elak daripada terbuat kesalahan. Kadang-kadang pembeli buat silap. Kadang-kadang peniaga buat silap.
Hal ini sangat memerlukan tolak ansur, berlapang dada, bertimbang rasa dan maaf-bermaafan. Itu juga adalah kehendak syariat. 

Tambahan lagi dalam berekonomi kita boleh dapat kawan. Kawan dapat memberi syafaat dan membantu kita di Akhirat.Dalam hendak melariskan barang, kita juga akan jadi pandai bercakap dan pandai menyampai maklumat. Berekonomi boleh melahirkan orang yang cerdik yang pandai bertindak dan orang yang pandai berfikir dan merancang dalam apa jua keadaan. Kalau ekonomi dijalankan betul-betul mengikut syariat Tuhan, ia boleh melahirkan orang yang berakhlak tinggi dan berbudi pekerti. 


Kita boleh dapat berbagai ilmu dalam berekonomi termasuk ilmu barangan, kewangan, perakaunan, tempat, budaya dan watak manusia, general knowledge dan berbagai-bagai lagi yang semuanya dituntut oleh Islam. Dalam berekonomi juga kita boleh memenuhi keperluan hidup umat Islam dan menyediakan barang-barang Islam. 

Dalam berekonomilah kita boleh mempraktikkan sikap dan sifat jujur dan amanah dan menjadi orang yang pemurah (samahah). Bila kita terlibat dengan ekonomi atau perniagaan, kita berpeluang membayar zakat perniagaan apabila cukup haul dan nisabnya. Dalam berekonomi dan berniaga, terjadi juga orang yang berhutang dan yang memberi hutang. Memberi hutang itu pahalanya besar, lebih besar dari bersedekah.Memberi sedekah, Tuhan gandakan ganjarannya 10 kali tetapi memberi hutang ganjarannya 18 kali ganda.




Dalam berekonomi dan berniaga kita disuruh dan dituntut menjaga halal dan haram. Itu adalah syariat. Dalam berekonomi dan berniaga, kita berusaha menyelamatkan produk hasil keluaran orang lain (orang kampung, petani, nelayan dan sebagainya). Contohnya, para nelayan dan para petani, mereka hanya makan sebahagian dari tangkapan atau hasil tanaman mereka. Yang lebihnya akan terbuang, jadi busuk dan akan dibazirkan. Jadi, ahli perniagaan yang mengumpul hasil ini untuk dijual pada orang lain sebenarnya telah menyelamatkan satu pembaziran yang mungkin berlaku. Ini satu tuntutan syariat yang besar. 

Dalam perniagaan dan berjual beli, kita dapat memberi makan kepada orang lain bahan-bahan yang kita tidak habis jual.


Itu satu khidmat yang besar terutama kepada fakir miskin setempat. Itu semua adalah kehendak syariat Islam. Jadi orang yang ada cita-cita Islam tidak akan terfikir terlalu jauh seperti memikirkan tentang hukum hudud, daulah dan lain-lain yang bukan mudah untuk dilaksanakan. Sebenarnya tiap-tiap hari kita dapat tegakkan syariat seperti berekonomi dan berniaga tetapi kita sia-siakan, kita buat tidak tahu dan kita tidak ambil peduli. Padahal berekonomi, berniaga dan berhubung itu adalah tuntutan Islam dan ia termasuk di antara tuntutan Islam yang besar. Tetapi ramai orang Islam menganggap ianya seperti tidak ada. Syariat yang ada pada mereka hanyalah hudud dan daulah. 




Memang Tuhan mengutuskan kita ke dunia ini untuk berkhidmat.Khidmat kepada Tuhan dan khidmat kepada manusia.Dengan Tuhan kita berkhidmat melalui ibadah. Dengan manusia, kita berkhidmat sebahagian besarnya melalui ekonomi. 

Oleh sebab bermacam-macam syariat dapat ditegakkan dalam berekonomi, maka sudah selayaknyalah Tuhan katakan bahawa berekonomi itu ialah satu jihad fisabilillah. Tidak perlu ke medan perang. Tidak perlu mati syahid. Selama ini masyarakat hanya mengetahui dan mengaitkan jihad fisabilllah itu dengan perang dan mati syahid. Yang sebenarnya, mati dalam perniagaan juga mati syahid. Pahalanya besar. Di Akhirat pahalanya nombor tiga. Yang pertama adalah iman, yang kedua adalah solat atau sembahyang dan yang ketiga adalah jihad.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N