Langkau ke kandungan utama

PENGARUH PENDAKWAH CHINA.

ISLAM DATANG DARI TANAH ARAB.

Berdasarkan catatan sejarah Cina yang menyebut bahawa pada abad ke-7 Masihi, orang-orang Arab telah sampai ke Tanah Jawa.Pada tahun 684, mereka telah mendirikan sebuah perkampungan di pantai barat Pulau Sumatera. Menurut satu catatan lagi, pada zaman pemerintahan khalifah Al-Makmun bin Harun Ar-Rashid, seorang nakhoda telah memimpin seramai 100 orang mubaligh dengan 1 orang dari kalangan mereka berketurunan Quraish belayar menuju ke Nusantara untuk menyebarkan Islam. Apabila mereka sampai di Perlak, mereka mengadap Raja Perlak, Acheh dan berjaya mengislamkan baginda.Baginda Raja Perlak mengahwinkan puterinya itu denagan mubaligh Quraish itu tadi sementara mubaligh lain berkahwin dengan wanita biasa. 


Hasil perkahwinan mubaligh Quraish dengan puteri raja tersebut,Allah kurniakan mereka seorang putera lalu diberi nama Syed Abdul Aziz yang kemudian menjadi Sultan Perlak. Terdapat juga dalam satu catatan Barat menyebut bahawa pada tahun 1717 Masihi, sebuah angkatan laut Islam yang terdiri dari 35 buah kapal berlayar dari Tanah Arab menuju ke China. Dalam perjalanan ke China,kapa-kapal itu telah berhenti sebentar di Ceyloon di Sri Lanka, Srivijaya dan Palembang. Ketika mereka berhenti , mereka telah berdakwah dan menyebarkan agama Islam di situ. Asal usul nama negeri Melaka Berasal daripada istilah Bahasa Arab, nama Melaka berasal daripada istilah :'Mulaqah' yang bermaksud "pertemuan Malakat' yang bererti "perhimpunan segala dagang"


Jejak hubungan China dan Arab di Melaka. Salah satu mercu tanda yang makin dikenali oleh pengunjung yang berkunjung ke Melaka ialah Masjid Cina Melaka. Masjid ini terletak di Krubong, Melaka, berdekatan dengan Stadium Hang Jebat dan bersebelahan dengan Majlis Sukan Negeri Melaka. Mengimbau kembali kenangan XPDC dengan Abuya ke Tanah Besar China. Desain dan reka bentuk masjid di Melaka ini sangat cantik dan unik. Ia dipengaruhi seni bina dari masjid-masjid di China khususnya di daerah Beijing, Shanghai dan Xi'an. Pengaruh ini bukan sahaja dilihat melalui reka bentuknya, bahkan hiasan sekitar kawasan masjid termasuklah kolam dengan ikan koi, landskap pokok buluh, seni kaligrafi China dan kewujudan pagoda-pagoda yang melengkapkannya.


DULU MASJID DIBINA ATAS DASAR TAQWA.
" Dulu masjid dibina atas dasar taqwa. Kini ia dibina kerana tujuan dunia, inginkan nama, gelaran, pangkat atau glamour. " Dulu, bilangan masjid tidak banyak. Di zaman Rasulullah SAW, hanya ada satu masjid iaitu Masjidil Haram. Manakala ketika di Madinah, juga ada satu masjid sahaja iaitu masjid Quba. Masjid di zaman Rasulullah SAW, walaupun hanya ada satu, ia merupakan tempat atau sumber segala maklumat tentang Islam . 


Selain daripada tempat sembahyang, masjid juga menjadi tempat berbaiah dengan Rasulullah, tempat bermuzakarah, tempat bertanya, tempat penyelesaian masalah, tempat berbincang, sebagai pusat pengajian ilmu, tempat berukhwah, tempat mencatur masyarakat Islam dan berbagai-bagai aktiviti lagi. 
Masjid pula dijaga oleh ahli-ahli Suffah yang kuat beribadah dan mereka tinggal di dalam masjid. Hidup mereka hanya untuk Allah dan mereka tidak memiliki harta walaupun sedikit. Jika tiada sebarang makanan yang disedekahkan kepada mereka, mereka akan berpuasa sepanjang hari. Tetapi mereka sentiasa siap sedia menanti sebarang arahan dari Rasulullah untuk pergi berperang ke jalan Allah atau lain-lain kerja perjuangan. Pergi berperang di jalan Allah adalah peluang keemasan yang memang ditunggu-tunggu dan ini tidak pernah mereka lepaskan. 




Walaupun pada zahirnya mereka ini hidup dalam keadaan serba kekurangan, mereka tetap ingin mengambil bahagian dalam memperjuangkan agama Allah ini. Merekalah orang-orang masjid di zaman Rasulullah SAW. Mereka itu menjadikan ibadah sembahyang itu kecintaan mereka dan ianya mendarah daging dalam kehidupan mereka. Semakin banyak mereka sembahyang, semakin dekat mereka dengan Tuhan. Lagi banyak sembahyang mereka, bertambah kuat ukhwah dan kasih sayang di antara mereka dan bertambah teguhlah syariat mereka. 




Sekarang : 
Kini apa yang kita lihat di mana-mana saja negara umat Islam di dunia ini, masjid terlalu banyak macam cendawan tumbuh. Masjid dibina dengan banyak dan cantik, bukan untuk mengagungkan Tuhan tapi untuk menjamu mata pelancong-pelancong.Orang-orang yang menjaga masjid pula bukan lagi seperti ahli Suffah, sebaliknya mereka yang inginkan nama dan ada kepentingan dunia. Hingga tercetuslah perbalahan, putus ukhwah, tidak bertegur sapa hanya kerana merebut jawatan untuk mengurus masjid. Walaupun kita lihat dari hari ke sehari semakin ramai orang datang ke masjid tapi pada hakikatnya sembahyang dan ibadah umat Islam tidak membuahkan akhlak yang mulia. Terbukti apabila semakin ramai orang sembahyang, semakin ramai orang yang berani melanggar syariat.


Wanita-wanitanya ketika dalam sembahyang boleh menutup aurat tetapi selesai sahaja sembahyang sudah tidak lagi malu membuka auratnya. Semakin ramai orang sembahyang, kita lihat umat Islam kini semakin rapuh perpaduannya, mudah sahaja marah-marah dan tidak boleh bertolak ansur. Tuduh-menuduh, kata-mengata sudah menjadi tradisi. Kemesraan sudah tidak ada, senyuman hanya berpura-pura. Kasih sayang sesama umat Islam lebih-lebih lagi telah gersang dari hati. 


Masjid di zaman Rasulullah dijadikan tempat ibadah sepanjang siang dan malam. Tetapi kini, masjid hanya digunakan ketika waktu solat, waktu lain, ia dikunci kerana takut berlaku kecurian barang-barang berharga di dalamnya. Masjid bukan lagi menjadi tempat bertaqarrub kepada Allah, tetapi telah menjadi tempat bercerita, berborak dan bersembang pasal dunia. Malah yang paling menakutkan lagi, kini masjid sudah menjadi gelanggang fitnah-menfitnah, umpat-mengumpat, kata-mengata, kutuk-mengutuk, kafir-mengkafir, tuduh-menuduh. 


Masjid bukan lagi lambang perpaduan, tetapi bertukar menjadi tempat memecah-belah. Masjid bukan lagi menjadi tempat bertafakur memuhasabah diri, sebaliknya menjadi tempat untuk membina keangkuhan diri, memikirkan serta melihat kesalahan dan kelemahan orang lain. Masjid menjadi tempat manusia berpuak-puak, curiga-mencurigai, saling tidak mempercayai di antara satu dengan lain. Manusia kini sudah tidak beradab sopan lagi di dalam masjid dan sudah tidak lagi memuliakan masjid. Masjid kini bukan lagi menjadi lambang tawadhuk dan syiar agama tetapi menjadi lambang kesombongan dan tempat hiruk-pikuk. Justeru masjid kini telah menjadi tempat sumber fitnah.

Ulasan

  1. Pada pandanagan saya, benar apa yang dikatakan tuan, rumah-rumah Allah seharusnya menjadi tempat bersatunya ummah, bersilaturahim dan beramal Ibadah yang ma'ruf. Malah sejak covid ini, direnggangkan saf, walhal ia tidak dibenarkan dalam syari'at Islam Nabi Muhammad SAW kerana akan ada syaitan jika tidak merapatkan barisan dalam sembahyang. Doakan semoga kita dapat bersembahyang seperti semula kala mengikut rukun-rukun dalam syari'at dan panduan Nabi kita SAW dalam menegakkan Syiar Nya.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N