Langkau ke kandungan utama

SOLAT TIANG AGAMA.

SEMBAHYANG IBU KEMENANGA

 

Saidina Abu Bakar Asy Syiddiq.
Beliau sangat mudah mencucurkan air mata saat membaca Al Quran dalam solatnya. Hal ini disebabkan kerana banyaknya pengalaman hidup beliau bersama Al Quran. Sehingga beliau tidak mampu menahan perasaannya dari kejadian kejadian yang pernah dialaminya ketika membaca Al Quran. Hadits dari Aisyah radhiyallahu ‘anha ketika Nabi Muhammad SAW berkata “Mereka melalui Abu Bakar yang sedang solat bersama dengan yang lainnya.” Aisyah menuturkan, Saya pun berkata kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sesungguhnyaAbu Bakar adalah seorang laki laki yang lembut hatinya, apabila telah membaca Al Quran beliau tidak mampu menahan cucuran air mata dari keduanya.” (HR Muslim).


Kemudian Abu Bakar mulai membangun sebuah masjid di halaman rumahnya, beliau solat dan membaca Al Quran di masjid itu. Pada saat itu, berkumpullah istri-istri dari kalangan orang musyrik dan anak-anak mereka, mereka begitu kagum akan solat yang didirikan Abu Bakar dengan terus memperhatikannya. Abu Bakar adalah seorang laki laki yang sering menangis, beliau tidak bisa menahan air matanya ketika membaca AL Quran (Kisah ini diriwayatkan oleh Al Bukhari dan Ibnu Hiban)

Sembahyang ( solat ) Saidina Ali, ”. Ketika Sayyidana Ali sembahyang atau solat lalu para sahabat segera mencabut panah yang melekat pada anggota dan mengeluarkan panah tersebut dari tubuh sayyidina Ali. Sungguh meski demikian, sayyidina Ali bin Abi Thalib tidak berubah dalam menjalankan solatnya. Ketika beliau selesai solat, sayyidina Ali berkata:” mengapa kamu  tidak mencabut panah itu?

Begitulah gambaran smbahyang para sahabat Nabi SaW.

Pengalaman penulis melihat sembahyang Abuya, ketika beliau sedang solat , dari wajahnya kelihatan seolah-olah beliau berada di dunia lain. Aura disekelilingnya sangat terasa sesuatu. Ada yang merasakan seperti angin berlalu di tepi kita, adapula yang merasa tumpang ketenangan sepanjang berada di tempat sembahyang Abuya. Begitulah aura sembahyang Abuya yang kita dapat rasakan.

"Renungan surah Al Fatihah ketika solat."

“Dengan Nama Allah yang Maha  Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puja dan puji hanya layak untuk Allah, Tuhan (tuan punya) sekalian alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Maharaja (satu-satunya) di Hari Kiamat (Hari Pembalasan). Hanya kepada-Mu kami menyembah (abdikan atau hambakan diri), dan hanya kepada-Mu Kami meminta-minta. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Jalan yang telah Engkau nikmatkan kepada mereka (orang soleh). Bukan jalan yang Engkau benci (nafsu) dan yang sesat (Yahudi dan Nasrani). Perkenankanlah”.


Al Fatihah : Surat kemenangan dari Allah untuk sesiapa yang bersembahyang.Demikian, itu ialah ‘kata-kata ibu’ yang Allah pilih untuk dihantarkan kepada-Nya oleh pendiri-pendiri sembahyang. Yakni kata-kata kemenangan yang termaktub sebagai Ibu Al Quran.
Ertinya Allah memberitahu bahawa Namanya ialah Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Manusia memang sangat suka kepada kepemurahan dan kasih sayang. 


Jikalau begitu, tentu Allah sangat-sangat disukai oleh hati-hati manusia yang mahu bersembahyang. Sementelahan Dia yang mata kita tidak mampu melihat-Nya itu, mengaku dan memberitahu bahawa alam ini kepunyaan-Nya, jadi puji dan syukur sebenarnya hanya layak untuk-Nya. Dia yang terlalu Pemurah dan terlalu Penyayang, yang membuatkan segala kepunyaan-Nya, si hamba boleh memilikinya sementara, dengan percuma, namun supaya hamba tidaklah berleluasa, maka diciptakan hari akhirat untuk pertolongan dan pembalasan.


Bermacam ragam, serba serbi sikap hamba-hamba Allah di bumi. Akan ada nanti hamba-hamba yang ke Syurga atau ke Neraka dikeranakan perbuatan-perbuatan baik atau jahat yang dilakukan selama hidup di bumi-Nya ini. Hal ini bermakna, Pemurah dan Penyayang Allah itu ialah bersama sifat adil dan membalasai. Ertinya kita hamba-hamba ciptaan, janganlah anggap ‘Allah baik, maka bolehlah kita buat apa saja yang kita suka.’ Sebab Allah itu juga bersifat Marah bila kita bersalah!


Demikianlah perkara yang kita bualkan bersama Allah, di majlis Allah yang menjemput kita kepadaNya  iaitu sembahyang. Tidakkah ia membawa kepada kemenangan besar untuk kita?
Petikan Kuliah Abuya : Ia dikatakan surah Al Fatihah atau ‘Surah Pembukaan’. Ia boleh juga dikatakan ‘Surah Yang Dapat Kemenangan’ sebab menurut bahasa Arab, ‘kemenangan’ berasal dari perkataan ‘fath’.


MENGAPA AL FATiHAH DISEBUT SURAH KEMENANGAN?
Al Fatihah dinamakan ‘Surah Kemenangan’ kerana ia adalah ibu kitab atau Ummul Kitab. Ibu kepada kitab yang tertulis di Luh Mahfuz itu ada di dalam Al Fatihah. Dengan ertikata yang lain, kandungan Al Fatihah meliputi seluruh Al Quran. Kalau surah Al Fatihah dapat difahami dan dihayati intipatinya, itu pun sudah cukup untuk memahami intipati Al Quran. Jadi bila seseorang memahami Al Fatihah, menghayati dan mengamalkannya, ia akan menjadi orang yang dapat kemenangan.


Sudah disebutkan tadi, intipati Al Quran yang 30 juz itu ada dalam Al Fatihah yang sebanyak tujuh ayat. Ertinya, katalah ada seorang pakar yang diberi ilmu oleh Tuhan. Dia tidak membaca keseluruhan Al Quran tetapi dia berkata, “Mari kita hurai Al Fatihah.” Maka dia pun syarahkan isi Al Fatihah itu mungkin selama setahun kerana ibarat hendak menggali lombong; tidak mungkin sekadar pakai cangkul dan tidak mungkin selesai dalam satu hari; untuk mengeluarkan ‘emas’ Al Quran itu sudah tentu memakan masa.


Selepas setahun pakar itu memberi kuliah, dia pun berkata, “Mari tengok Al Quran.” Maka mereka akan dapati apa yang disyarahkan huraian dari Al Fatihah itu akan sama dengan seluruh isi Al Quran. Cuma, tidak pernah ada orang yang buat begitu kerana tidak ada orang yang pakar. Begitulah huraian atau tafsiran Al Fatihah itu. Bilamana tafsiran ini jadi ilmu lalu dihayati dan di’apply’kan, pasti seseorang itu akan dapat kemenangan. Inilah hujah mengapa surah ini disebut Surah Yang Dapat Kemenangan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N