Langkau ke kandungan utama

AMERIKA DI SERANG.

TENTERA TUHAN MENYERANG AMERKA SYARIKAT.


Amerika Syarikat baru saja mengalami suatu peristiwa yang amat besar. Gempa bumi dan gelombang taupan Irma yang melanda sebahagian wilayah Amerika Syarikat. Demikianlah, ALLAH –dengan ke-MahaadilanNya– telah memberikan peringatan besar pada kita. Itulah kerja tentara ALLAH berupa gelombang tsunami yang menyapu habis segala yang ada di permukaan bumi. Jika mereka telah bertindak tidak ada siapa dapat melawan. Jika tentara Tuhan telah bertindak, itu menandakan manusia sudah teramat lupa pada Tuhan. Manusia sibuk dalam hiruk-pikuk dunia glamour dan gaya hidup hedonis, perang perebutan kekuasaan dan kekayaan alam di sana-sini. Jenayah merajalela di seluruh lapisan masyarakat. Apakah kita sudah sedemikian lalai seperti kaum Nabi Nuh A.S hingga Tuhan datangkan air bah? 


Bahkan sedemikian lalai dan jauhnya manusia dari Tuhan, hingga bala’ yang susul menyusul Tuhan lakukan. Di akhir zaman, hanya ada dua pasukan yang diberikan kelebihan iaitu hak dan batil. Pasukan kebenaran merujuk kepada Imam mahdi dan pasukan batil meruk kepada dajal. Pasukan kebenaran Allah mengurniakan kepadanya karamah dan barakah, yang mulanya dialirkan kepada kumpulan kebenaran menurut keperluan semasa dan sezaman yang ada hubungkaitnya dengan kebangkitan Islam. Ilmu pengetahuan dan panduan yang banyak itu diberikan kepada pasukan hak atau kebenaran itu berkat berada di zaman kebangkitan kali kedua yang Tuhan janjikan melalui lidah Rasulullah. Orang-orang Islam yang bernaung dibawah payung kebenaran, mereka diberi kelebihan mudah memahami ilmu-ilmu pengetahuan yang diperlukan itu.


Berjuta penduduk Florida pindah akibat Taufan Irma
HAVANA: Taufan Irma mula membadai Cuba dengan membawa angin kencang yang meragut 21 nyawa serta menyebabkan kemusnahan teruk di negara itu ketika bergerak ke arah Florida semalam.Irma, antara taufan Atlantik terkuat sejak seabad lalu, dijangka melanda Florida pagi esok dengan membawa bersama angin pemusnah kuat dan ancaman banjir ke negeri keempat paling ramai penduduk di Amerika itu.Usaha pemindahan terbesar dalam sejarah termasuk penduduk di sekitar Miami itu menjadi sukar akibat lebuh raya sesak, kekurangan bekalan minyak selain cabaran memindahkan warga emas dari destinasi pilihan persaraan itu.


Ribut itu diramal semakin kuat dan akan membadai Florido Keys sebagai taufan kategori lima iaitu tahap taufan terkuat menurut Pusat Taufan Nasional dengan kelajuan angin kira-kira 258 kilometer sejam. Menurut Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA), Amerika Syarikat hanya pernah menyaksikan tiga ribut kategori lima sejak 1981.Katanya, taufan Irma adalah lebih besar berbanding taufan Andrew yang menjadi taufan kategori lima terakhir pernah melanda Amerika Syarikat pada 1992. - Reuters


NEW YORK: Lebih tiga juta kediaman dan premis perniagaan di Florida terputus bekalan elektrik apabila Taufan Irma membadai negeri pesisiran selatan Amerika Syarikat (AS). Syarikat utiliti tempatan menganggarkan jutaan lagi pengguna menerima kesan gangguan elektrik itu apabila taufan menakutkan itu mula bergerak ke sebelah utara. "Ia akan mengambil masa berminggu-minggu untuk memulihkan semula bekalan," kata syarikat utiliti berkenaan Taufan Irma membadai Florida awal pagi waktu tempatan dengan diletakkan di bawah Kategori 4, taufan peringkat kedua tertinggi dalam Skala Saffir-Simpson. Namun pada sebelah petang ia bergerak lemah ke pesisir barat dalam Kategori 2 dengan kelajuan angin maksimum 177 kilometer sejam. - REUTERS


Begitu sombongnya manusia (ini pun suatu bala’ maknawi), hingga Tuhan perlu datangkan bala’ lahiriah yang begitu dasyat untuk kembali menyadarkan manusia agar kembali merasa lemah di hadapan Tuhan. Semoga manusia bisa sadar dan banyak bertaubat. Bukankah ALLAH telah menjanjikan jika penduduk suatu negeri beriman dan bertaqwa maka ALLAH akan membuka keberkatan dari langit dan bumi? Marilah kita penuhi perjanjian dengan ALLAH itu. Marilah kita kembali merujuk pada Tuhan. Kenal, cinta, dan takut hanya kepadaNya.


Sihir-sihir atau ilmu-ilmu hitam ini dihantar para musuh Islam seperti Yahudi secara rambang untuk memporak perandakan masyarakat awam dari yang kafir, yang  selemah-lemah iman hinggalah yang tinggi imannya, untuk melawan karamah kerohanian orang-orang yang soleh. Maka bermaharajalelalah jenayah dalam masyarakat beserta gejala-gejala sosialnya, seperti jenayah kekerasan, harta benda, mahupun akidah seperti yang masuk melalui hiburan muzik yang merosakkan seperti blackmetal dan umpamanya.


Pasukan batil yang diterajui Dajjal, adalah di pihak musuh Islam. Dikurniakan makhluk laknatullah itu ilmu-ilmu sihir sebagai istidraj. Pasukan batil atau pengikut-pengikut Dajjal adalah ahli-ahli sihir atau orang yang mengamalkan sihir. Orang kanannya adalah ahli sihir terkenal, David Copperfield.Sebelum Dajjal zahir, sihir dan istidrajnya dialirkan kepada mereka. Kerja mereka adalah menguji manusia dengan berbagai-bagai bentuknya. Sebelum peperangan bersenjata, berlaku peperangan yang berbentuk sihir dan keramat, kemuncak peperangan sihir yang sedang berlangsung sekarang adalah apabila Dajjal zahir. Sihirnya yang luar biasa menyebabkan ramai menjadi pengikutnya termasuk sebahagian orang Islam yang lemah imannya. Jika mengikut Dajjal maka menjadi kafirlah mereka.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N