Langkau ke kandungan utama

PENJARA AKHIRAT RAMAI PEREMPUAN.


AKHIR ZAMAN MANUSIA BERKIBLATKAN PEREMPUAN.




Penjara di Akhirat ramai penghuninya perempuan. Dimana-mana negara di dunia hari ini penjara-penjaranya dipenuhi kaum lelaki. Ini tidaklah pelik kerana kebanyakannya yang merompak, membunuh, menculik, merampas pesawat adalah di kalangan lelaki. Ertinya mengikut penialaian dunia kaum lelaki ramai yang jahat berbanding kaum wanita. Tetapi pada waktu yang sama, kaum wanita mendapat satu khabar yang mencemaskan iaitu Rasulullah SAW memberitahu bahawa penghuni neraka, 2/3 adalah terdiri daripada kaum wanita. Mengapa terjadi demikian? 


Kerajaan manusia dan kerajaan tuhan tidak sama. Oleh itu ukuran Tuhan dan ukuran manusia juga adalah tidak sama. Ada pekara di dalam kerajaan Tuhan salah tetapi bagi kerajaan manusia tidak salah. Begitulah sebaliknya. Contohnya dalam kerajaan Tuhan berat atau ringannya kesalahan tidak diukur dari sudut lahiriah atau nilaian fizikal. Banyak bentuk kes adalah yang tidak memerlukan kekuatan fizikal. Sebab itulah ia mudah dilakukan wanita seperti menjadi pelacur, penyanyi, dedah aurat, bergaul bebas, melawan suami dan lain-lain. 


Ianya tidak berat dari sudut fizikal. Sebab itu kaum wanita ramai melakukannya. Pada kerajaan manusia itu bukanlah satu kesalahan. 
Manakala kesalahan-kesalahan dunia banyak yang berat-berat, tidak larat dan tidak mampu dibuat oleh kaum wanita seperti membunuh, rompakan, culik dan lain-lain. Sebab itulah ramai lelaki yang buat. Disinilah sebabnya mengapa ramai penghuni neraka daripada wanita, kesalahan yang nampak kecil pada manuisa tetapi besar di sisi Tuhan. 


Kesalahan itu akan menjadi lebih besar apabila yang buat dosa tidak rasa berdosa lau tidak bertaubat ke atas dosa-dosa tersebut malah terus mengulanginya. Kaum wanita sepatutnya cemas dengan peringatan daripada Rasulullah SAW tersebut kerana begitu mudah untuk tergelincir ke Neraka jika tidak berhati-hati. Biarlah kita susah dan sakit di dunia dalam mentaati perintah Tuhan dan menjauhi larangannya bagi mengelak sakit yang berpanjangan di sana


Di Akhir Zaman Kaum Ibu Tempat Rujuk Dan Pemutus.
Di akhir zaman perempuan-perempuan sudah jadi kiblat . Kiblat ertinya tempat ruku` dan sujud. Dengan kata-kata lain, perempuan-perempuan menjadi tempat rujuk dan pemutus. Dalam rumah tangga membuat apa pun isteri pemutus. Kalau isteri tak hendak, rancangan keluarga terbatal. Kalau kenduri kendara masyarakat kampung, kalau tak bertanya lebih dahulu kepada kaum ibu, akan menjadi masalah. 


Boleh jadi timbul perbalahan, satu kampung akan susah.
Begitu juga kalau berlaku peminangan. Hendak menerima atau menolak, keputusan adalah di tangan isteri bukan suami. Kalau isteri tak setuju maka tidak jadi. Begitu juga dalam pilihan raya, nadi kaum ibu adalah penentu dan pemutus untuk menentukan satu-satu parti itu menang atau kalah. Sebab itu dalam pilihan raya parti-parti, peranan kaum ibu adalah besar bagi menarik pengundi.


Begitu juga hiburan, kaum ibu ditonjolkan ke depan. Kaum bapa adalah sampingan. Sebab itu penghibur-penghibur di akhir zaman, wanita lebih tertonjol daripada kaum lelaki. Kaum ibu memang nilai komersialnya tinggi, sebab itu di akhir zaman pekerja-pekerja di pejabat, lebih ramai kaum ibu daripada kaum lelaki. Bos-bos di pejabat dengan kaum ibu dia lunak, dengan kaum bapa bos pejabat nak melanyak. Kalau pekerja wanita buat salah ada maafnya, tetapi kalau pekerja lelaki buat salah tiada maaf. Dengan pekerja wanita bos pejabat begitu mesra, sebaliknya dengan pekerja lelaki nak marah sahaja. Begitulah watak akhir zaman, perempuan sudah jadi kiblat. Kaum ibu adalah tempat rujuk dan pemutus.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N