Langkau ke kandungan utama

ISLAM ITU SUCI LAGI MURNI.

DARIPADA FUDHUL (KOTORAN)















Ia merupakan kotoran seperti hingus, tahi mata, tahi telinga, kelemumur, tahi hidung, kahak, lebihan kuku, bulu ketiak dan ari-ari, daki, kutu dan lain-lain. Ini semua pada badan.

Kotoran yang ada di persekitaran seperti habuk-habuk, jelaga, sarang labah-labah, cebisan kertas, kain buruk dan lain-lain. Ianya bukan najis cuma tidak cantik. Nampak tidak bersih, tidak smart, tidak kemas, tidak menarik bahkan nampak berserabut dan menyakitkan mata memandang.

Dalam Hadis Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.”

Kita mestilah suci daripada kotoran-kotoran lahir ini supaya lahirlah orang-orang yang bersih. Kalau kita tidak sensitif dengan kotoran-kotoran lahir ertinya kita ini kasar, yakni tidak berjiwa halus. Benda-benda yang lahir ini jika kita tidak rasa jijik ertinya yang batin lagilah kita tidak rasa jijik.

Mungkin ada orang berkata, “Saya ini orang seni, sebab itu saya simpan sarang labah-labah ini.” Tentu tidak. Fitrah hati menolak dan akan rasa sarang labah-labah atau lain-lain tadi tidak patut disimpan dan menyakitkan mata.

{ SUCI BATIN }

Batin terbahagi kepada tiga iaitu akal, nafsu dan hati.

¤ SUCI AKAL

Suci akal daripada syirik atau isme-isme ciptaan manusia. Bila akal masih syirik atau menduakan atau yakin dengan lain-lain isme-isme ciptaan manusia ertinya akal kita masih bernajis. Sebab itu akal mestilah dibersihkan dan diisi dengan ilmu wahyu yakni Al Quran dan Hadis Rasulullah. Ini kerana ilmu wahyu itu tepat. Ia mampu menyuluh sesuatu ilmu itu sama ada betul atau salah.

¤ SUCI HATI

Suci hati daripada sifat-sifat mazmumah. Bila ada sifat-sifat mazmumah ertinya hati kita masih bernajis. Najis hati namanya. Sebab itu sifat-sifat mazmumah ini mesti dibersihkan seperti benci, marah, besar diri, megah, dendam, hasad, tamak bakhil, lalai, takut, sedih, kecewa dan lain-lain.

Cara Membersihkan Hati:

1. Setiap yang mahmudah hendaklah disuburkan. Seperti rasa simpati, pemurah, malu, rendah diri, hormat, rasa terima kasih, taat, redha, puas hati, sabar dan lain-lain. Manakala sifat-sifat mazmumah hendaklah dibuang.
2. Mesti ada ilmu tentang cara menyuburkan mahmudah dan membuang mazmumah. Perlu mengetahui sifat-sifat hati terlebih dahulu.
3. Kenal apa yang ada di dalam hati kita.
4. Hendaklah membuat latihan secara mujahadah dan riadah.
5. Mujahadah dan riadah itu hendaklah secara istiqamah.
6. Ada guru tempat merujuk.

¤ SUCI NAFSU

Suci nafsu daripada kehendak-kehendak yang jahat. Nafsu juga ada najisnya iaitu kehendak-kehendak yang jahat atau negatif seperti makan minum yang haram, pakaian yang haram, inginkan tempat tinggal yang haram, inginkan kenderaan yang haram, inginkan kepada pergaulan yang haram dan lain-lain.
Ini semua hendaklah dibersihkan dengan menggantikannya dengan keinginan yang halal seperti ilmu, makan, minum, isteri, tempat tinggal, ajaran, kenderaan, kekayaan yang halal, ingin memperjuangkan kebenaran, ingin beribadah, ingin ke masjid berjemaah dan lain-lain kehendak yang baik.

Cara Untuk Membersihkan Nafsu:

1. Faham syariat.
2. Faham kehendak-kehendaknya yang negatif.
3. Dorong semua kehendaknya yang positif atau yang mubah.
4. Mujahadah dan riadah.
5. Istiqamah.
6. Ada guru tempat rujuk.

Itulah bentuk ‘najis’ yang ada pada kita semua iaitu najis lahir dan ‘najis’ batin. Kalau kita umat Islam mampu membersihkannya melalui proses yang disebutkan tadi maka akan lahirlah keindahan syariat Islam itu.
Kita akan dapati di antaranya:

1. Lahirlah masyarakat yang bersih lahir dan batin sepertimana model di zaman Rasulullah SAW.
2. Lahirlah masyarakat yang sihat pada badan (fizikal), fikiran dan jiwa.
3. Akan lahirlah masyarakat yang berkasih sayang.
4. Akan lahirlah masyarakat yang bergotong-royong, bersatu padu dan bekerjasama.
5. Lahirlah masyarakat yang terpelihara keturunannya.
6. Lahirlah masyarakat yang bersatu padu dan bersaudara.
7. Lahirlah masyarakat yang aman damai.
8. Lahirlah masyarakat yang rajin.
9. Lahirlah masyarakat yang muafakat.
10. Lahirlah masyarakat yang belas kasihan, bertimbang rasa, mengambil kira perasaan orang lain.
11. Lahirlah masyarakat yang hormat-menghormati.
12. Akan lahirlah masyarakat yang berkorban.
13. Akan lahirlah masyarakat yang bersih daripada perkaraperkara yang menimbulkan perbalahan.
14. Masyarakat bersih daripada kemungkaran.
15. Masyarakat bersih daripada pembaziran.
16. Akan lahirlah masyarakat yang suka menuntut ilmu.
17. Akan lahirlah masyarakat yang pemurah, bertolak ansur, menjaga perasaan orang lain, bersopan dan berakhlak mulia
18. Lahir masyarakat yang berkemajuan dan bertamadun.
19. Lahirlah masyarakat yang berdisiplin.

* Buku rujukan : Buah fikiran AFT Siri 1

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N