Langkau ke kandungan utama

MENYUBURKAN RASA KEAGUNGAN ALLAH.



Sikap mendahulu, membesar dan mengagungkan Tuhan mesti ada. Suka berbakti dan berkhidmat dengan Tuhan itu mesti ada. Sikap tidak berkira dengan Tuhan mesti ada. Ini semua ialah bukti rasa hamba kita kepada Tuhan. Mengamalkan amalan sunat, tanda khidmat seorang hamba kepada Tuhannya. Di situlah jatuhnya kasih Tuhan kepadanya. Supaya jiwa sentiasa subur merasa kebesaran dan keagungan Tuhan. Kita sering perhatikan  keindahan ciptaan Tuhan.
Allah tidak menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. Siapa yang cinta kepada Allah akan mencintai segala makhluk Allah, lebih-lebih lagi manusia yang sejenis dengannya.“Ya Tuhan Kami, Tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau, Maka peliharalah Kami dari siksa neraka (Ali Imran 3 : 191).


Semua ada sebabnya. Semua ada gunanya. Semua ada hikmahnya. Terserah kepada manusia untuk mencari sebabnya, gunanya dan hikmahnya itu. Allah hamparkan bumi ini dan mencipta segala sesuatu di dalamnya bukan semata-mata untuk manusia hidup dan berkembang biak di atasnya serta menggunakan segala khazanah kekayaan-Nya. Yang lebih penting, ia bertujuan supaya manusia dapat melihat secara zahir akan alam ciptaan Allah ini. Ia adalah bukti besar bagi manusia tentang wujudnya Allah. Ia adalah bukti kebesaran Allah. la sebenarnya adalah dalil bagi mereka tentang adanya Allah.Demikian juga di antara sebab Allah menciptakan sekalian alam. Bukan saja alam syahadah atau alam yang nyata ini yang dapat dilihat oleh manusia tetapi juga alam-alam yang lain. Alam itu adalah alamat atau tanda akan wujudnya Allah. 


Segala apa yang Allah ciptakan itu ialah alam. Alam itu ialah apa saja selain Tuhan. Hakikat kewujudan ini hanya ada dua. Satu Tuhan dan satu alam. Tuhan (yang dimaksud di sini Allah) adalah Khaliq yang mencipta. Alam adalah makhluk yang dicipta. Ada alam maka sudah tentu ada Tuhan yang menjadikan.Namun kebanyakan manusia hanya melihat tetapi mereka tidak nampak apa-apa. Kalaupun mereka nampak, mereka tidak dapat kaitkan alam ini dengan Allah. Penglihatan mereka hanya selapis saja. Manusia tidak dapat melihat apa yang di sebalik ciptaan Allah itu. Penglihatan mereka seolah-olah terlindung dan terhijab. Sama saja seperti mereka melihat lukisan yang cantik. 


Mereka terpegun dan memuji kecantikan lukisan itu dan mahu memilikinya. Tidak terbayang di fikiran mereka siapa pelukisnya. Sama juga seperti orang yang memakan hidangan yang sedap dan lazat. Dia mahu memakannya sehingga habis. Tetapi tidak terlintas di fikirannya siapa gerangan yang memasaknya.Manusia sebenarnya boleh melihat dengan berbagai cara:Pertama, dengan mata kepala.
Kedua, dengan mata akal. Ketiga, dengan mata hati. Tetapi jarang seseorang itu dapat melihat dengan ketiga-tiga mata ini. Kalau seseorang itu melihat hutan belantara dengan mata kepala, maka itulah yang dia nampak yaitu hutan yang tebal dan menghijau. Kalau dia melihat dengan mata akal, maka dia akan nampak balak dan kayu-kayuan yang dapat dijadikan bahan kekayaan. Kalau dia melihat dengan mata hati, dia akan nampak keagungan dan kehebatan Allah dan hikmah yang terkandung di dalam penciptaan hutan tersebut. 


Terasa di hatinya betapa hebatnya Tuhan.Kalau seseorang itu melihat laut dengan mata kepala, maka itulah yang dia nampak yaitu air yang luas dan membiru serta ombak yang tidak henti-henti memukul pantai. Orang yang melihat dengan mata akal akan nampak ikan di dalamnya yang dapat ditangkap dan dijual. Orang yang melihat dengan mata hati pula akan nampak kehebatan Allah dan hikmah dalam penciptaan laut yang begitu luas dan dalam, yang siapa-siapa pun tidak tahu apa rahsia yang tersimpan di dasarnya. Terasa betapa kerdilnya dia di hadapan Allah. Siapa yang melihat dataran bumi dengan mata kepala, maka itulah saja yang dia nampak yaitu tanah dan batu-batuan. 


Siapa yang melihat dengan mata akal akan nampak minyak, emas, intan berlian dan segala macam logam yang terkandung di dalam perutnya. Siapa yang melihat dengan mata hati pula akan nampak hebatnya perbuatan Allah yang telah menghamparkan bumi ini untuk dihuni oleh manusia di mana manusia bisa hidup dan mengabdi diri kepada Allah. Terasa di hatinya betapa pemurah dan pengasihnya Allah. Namun demikian, kebanyakan manusia buta mata hatinya. Mereka hanya nampak apa yang menguntungkan dan yang dapat memuaskan kehendak nafsu mereka saja. Mereka hanya terangsang dengan nilai dunia yang ada pada sesuatu ciptaan itu. Mereka tidak nampak Allah di sebalik ciptaan-Nya. 


Alam tidak membawa mereka kepada Allah.Hati mereka buta karena jiwa mereka mati. jiwa mereka sudah tidak dapat berfungsi lagi. Mereka sudah tidak mempunyai rasa. Mereka tidak terangsang langsung dengan Akhirat. Mereka tidak ingin kepada Syurga. Mereka tidak takut kepada Neraka. Mereka tidak merasakan peranan Tuhan dalam hidup mereka. Mereka tidak rasa bahwa Tuhan itu wujud. Kalaupun mereka tahu yang Tuhan itu wujud, tetapi sekedar tahu sahaja. Ia belum menjadi suatu keyakinan atau satu pegangan. Justru itu, soal Tuhan diambil ringan. 


Tidak ada rasa bertuhan. Apabila rasa bertuhan tidak ada, mereka pun tidak dapat merasakan bahwa mereka itu adalah hamba. Selagi jiwa mereka ini tidak dihidupkan, selagi itulah mereka akan hanyut di alam dunia mengikut arus yang akan membawa mereka kepada kelalaian, kesesatan dan kebatilan. Berdoalah banyak-banyak dan buatlah kebajikan sebanyak mungkin agar Tuhan berkenan mencampakkan hidayah. Tanpa hidayah, manusia tidak akan dapat menjadi insan yang tulen yang layak menjadi hamba dan khalifah Allah. Selepas hidayah barulah datang ilmu. Selepas ilmu baru dapat yakin dan paham. Setelah paham, barulah bisa beramal.
Setelah jiwa hidup, mata hati akan celik. 


Ketika itu, kita akan nampak apa-apa yang tersembunyi selama ini. Allah akan angkat hijab bagi kita. Akan terbongkar segala rahasia yang tidak pernah kita tahu sebelum ini. Hati akan mudah dengan kebenaran dan jinak dengan kebaikan. Keyakinan datang tanpa perlu difikir dan diakal-akalkan. Segala-galanya akan mudah difahami.
Allah berfirman yang maksudnya: “Sesungguhnya kami jadikan untuk Neraka jahanam, banyak dari kalangan jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mau memahami. Yang mempunyai mata tetapi tidak mau melihat. Yang mempunyai telinga tetapi tidak mau mendengar. Mereka itu seperti binatang ternak bahkan lebih sesat lagi. Mereka itu orang-orang yang lalai.”

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TETAMU ALLAH

MENJADI TETAMU ALLAH.

Tetamu Allah adalah satu gelaran sangat istemewa dalam Islam.  Allah dan Para Rasul sendiri memberikan layanan istemewa kepada tetamu. Dalam Islam wajib melayani tetamu yang datang bertamu ke tempat kita. Bagi umat Islam yang tahu kelebihan gelaran tersebut mereka akan berusaha dan memasang cita-cita untuk mendapat menjadi "Tetamu Allah ". Manusia di dunia ini dapat menjadi tetamu negara sebagai VIP itu pun manusia sudah rasa sangat berharga dan istemewa. Kerana menjadi tetamu VIP akan menerima layanan lima bintang. 

Betapalah apabila manusia kalau dapat menjadi tetamu Allah ia akan merasakan sepanjang hidupnya bahkan ia akan diberikan nilai sampai ke  Akhirat. "Pergi ke Makkatul Mukarramah tempat yang bersejarah. Manunaikan ibadah kemuncak rukun Islam yang lima Di sana umat Islam menjadi tetamu-tetamu Allah Kenalah menjaga adab-adabnya dengan sempurnanya". ( sedutan madah Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi ).

Satu istilah yang disebut oleh Allah d…

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.
(Sungai Dajlah).

Mengimbau kembali XPDC penulis ke Iraq melalui jalan darat dari Jordan pada 9 januari 1990. Menaiki kereta jenis GMC yang boleh memuatkan 9 penumpang. Kali ini penulis hendak kongsikan maklumat berkaitan dengan sejarah Sungai Furat dan Dajlah. Rujukan kebanyakkan dari risalah-risalah yang di terbitkan oleh kerajaan Iraq. Perjalanan darat dari Jordan ke Iraq mengambil masa 12 jam. Sepanjang perjalanan terlalu banyak sekatan tentera di dua buah negara tersebut. Terutamanya semasa berada di kawasan Iraq. Sejarah purba dan sejarah moden Iraq banyak berkaitan dengan sungai tersebut. Furat dan Dajlah merupakan antara sungai yang memiliki ikatan sejarah yang kuat dengan ajaran Islam. 

Sungai yang menjadi sumber mata air di Anatolia, Turki, dan bermuara di Teluk Persia itu berkali-kali disebutkan dalam berbagai hadis. Sungai Furat juga dikaitkan dengan Nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad SAW. Ia juga dikaitkan dengan tanda kiamat s…

ASAL USUL KAMPUNG DATUK KERAMAT.

PUSAT PENGAJIAN ABUYA PRAKTIKAL.
( Pasar Datuk Keramat dikaitkan dengan pasar Siti Khadijah Kelantan ).

BAGI warga kota, nama Kampung Datuk Keramat memang tidak asing lagi, bukan saja kerana ia antara kawasan perkampungan Melayu terbesar di ibu negara, tetapi ia juga adalah syurga makanan. Sebut saja makanan apa, pasti dapat dijumpai di situ.Begitu juga setiap kali kedatangan bulan Ramadan, Kampung Datuk Keramat bertukar wajah menjadi pesta makanan dengan ratusan gerai menjual pelbagai jenis makanan tempatan terutamanya di kawasan Pasar Datuk Keramat. Dalam kemeriahannya sebagai syurga makanan, ramai yang tidak tahu asal-usul nama penempatan ini. BH Plus menyingkap maksud di sebalik nama perkampungan ini. 

ABUYA memulakan jemaah pengajiannya di kampung Datuk Keramat. Ketika itu kumpulan pengajian Abuya dikenali dengan pengajian ".RUMAH PUTIH". Dipanggil rumah putih kerana rumah tersebut berwarna putih. Di markaz tersebut diadakan perjumpaan dikalangan ahli pengajian. Program tet…