Langkau ke kandungan utama

TANAH MELAYU

MASUKNYA ISLAM KE TANAH MELAYU.
( peninggalan kesan sejarah Islam di Gujerat India.

Perkembangan Islam di Tanah Melayu berlangsung dengan sangat cepat. Ini ada hubungkait dengan peranan pedagang dan pendakwah muslim  yang berasal dari Gujarat (India) Arab dan Parsi. Hubungan erat antara pedagang muslim dan pedagang Nusantara di masa silam menimbulkan pengaruh terhadap masuknya agama Islam di Tanah Melayu. Gujarat (bahasa Gujarati: ગુજરાત) adalah negara bagian India paling terindustrialisasi di Indiasetelah Maharashtra dan ia terletak di barat India, berbatasan dengan Pakistan di barat laut dan Rajasthan di utara. Ibu kotanya adalah Gandhinagar, sebuah kota terencana dekat Ahmedabad, bekas ibu kota negara bagian dan pusat komersial Gujarat. Negara bagian Gujarat diciptakan pada 1 Mei 1960. 


Gujarat telah menjadi negara bagian dengan pertumbuhan ekonomi tercepat di negara India; pada 2002, Gujarat memiliki pendapatan per kapita rata-rata Rs 7.500 (1992) dibandingkan dengan Rs 6.400 di negara-negara bagian lainnya. Pendakwah yang datang ke Tanah Melayu berlatar belakangkan pejuang dan pengamal tariqat. Kehidupan sufi ditempat mereka dikembangkan ke tempat yang mereka pergi. Perkara yang sama dorongan dari ulama Arab kepada kita yang datang daripada Tanah Melayu ( Malaysia ). 


Ramai di kalangan ulama-ulama di Timur Tengah memberikan dorongan dengan mengatakan, "Islam akan bangkit dari Timur, iaitu dari Malaysia". Mereka yang memberikan respon tersebut antaranya, Syaikh Dr. Abd. Salam al-Harras dahulunya tenaga penting di Universiti Qurawiun Maghribi (1986). Sebuah universiti yang sama usianya dengan universiti Al-Azhar di Mesir. Lainnya Syaikh Abdullah Ghannun (ketua ulama Maghribi), pertemuan dengannya pada 1986 di rumah beliau sendiri. Syaikh Abdul Sidiq Ghumari, tokoh muhaddisin abad ini juga pernah kami lawati rumahnya di Maghribi.


Kebelakangan ini ajaran Wahabi cuba bertapak di Malaysia. Dengan kematangan Malaysia yang diterajui oleh Sultan yang mengepalai agama Islam dengan pegangan ahli sunnah wal jamaah begitu mantap menjadi halangan kepada ajaran wahabi untuk bertapak.
Kini Malaysia dalam usia 60 tahun kemerdekaannya, menunjukkan kematangannya menghadapi ujian dan cabaran masyarakat antarabangsa. Terus menghadapi cabaran dengan tabah, sabar dan matang menuju sebuah negara Islam yang maju. Mampu memberikan gambaran Islam yang berkasih sayang bertolak ansur dan berpengetahuan, dan mampu menggambarkan agama Islam yang sempurna.

Maksudnya:
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.
(Al-Maidah: 3).

Malaysia hendak melahirkan seramai mungkin pendakwah yang dapat memberi gambaran Islam yang indah. Media perdana meriah dengan program melahirkan pendakwah yang mampu mengisi keperluan masyarakat. Maksud firman Tuhan,

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (An-Nahl,16:125).

Kita juga hendaklah takut dengan kemurkaan Tuhan. 

Firman Allah:

Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? (Al-Baqarah: 44).


Kerajaan Malaysia yang ditunjangi Bangsa Melayu mencipta nama dalam sejarah tamadun manusia moden sebagai tapak penyebaran Islam dengan menyebar-luaskan ajaran baginda Rasulullah s.a.w. sesuai dengan perlembagaan Malaysia Islam adalah agama rasmi negara. Islam yang membawa maksud kesejahteraan, keharmonian, kedamaian,keamanan dan keselamatan untuk umat manusia sejagat. Ajaran Islam yang diperkenalkan di Malaysia ditunjangi ilmu dan iman merupakan gabungan pembangunan rohani dan material. Bukan seperti yang sedang berlaku di Timur Tengah pada hari ini. Islam dilihat suka pertumpahan darah dan peperangan. Inilah percaturan Allah kepada umat Islam akhir zaman.


         

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N