Langkau ke kandungan utama

IMAM GHAZALI BERSAMA MALAIKAT MAUT.

PENGALAMAN BERSAMA MALAIKAT MAUT.
Kota Khurasan:( Uzbekistan, Tajikistan, Afghanistan, )

Imam Ghazali di akhir kehidupan beliau dihabiskan dengan kembali mempelajari hadits dan berkumpul dengan ahli keluarga.Berkata Imam Adz Dzahabi, “Pada akhir kehidupannya, beliau tekun menuntut ilmu hadits dan berkumpul dengan ahlinya serta menelaah shahihain (Shahih Bukhari dan Muslim). Seandainya beliau berumur panjang, niscaya dapat menguasai semuanya dalam waktu singkat. Beliau belum sempat meriwayatkan hadits dan tidak memiliki keturunan kecuali beberapa orang putri.” Abul Faraj Ibnul Jauzi menyampaikan kisah meninggalnya beliau dalam kitab Ats Tsabat Indal Mamat, menukil cerita Ahmad (saudaranya); 


Pada subuh hari isnin saudaraku Abu Hamid berwudhu dan solat, lalu berkata, “Bawa kemari kain kafan saya.” Lalu beliau mengambil dan menciumnya serta meletakkannya di kedua matanya, dan berkata, “Saya patuh dan taat untuk menemui Malaikat Maut.” Kemudian beliau meluruskan kakinya dan menghadap kiblat. Beliau meninggal sebelum langit menguning (menjelang pagi hari). (Dinukil oleh Adz Dzahabi dalam Siyar A’lam Nubala 6/34). Beliau meninggal dunia  di kota Thusi, pada hari Isnin 14 Jumada Akhir tahun 505 H dan dikuburkan di pekuburan Ath Thabaran (Thabaqat Asy Syafi’iyah 6/201). Beliau lahir pada tahun 450 H, bertepatan dengan 1059 M di Ghazalah suatu kota kecil yang terlelak di Thus wilayah Khurasan yang waktu itu merupakan salah satu pusat ilmu pengetahuan di dunia islam.


Wilayah Khurasan mengingatkan pengalaman saya bersama Abuya ke Khurasan. Di mana pengaruh kebangkitan Islam di Timur bergabung dengan Asoib di Khurasan. Ketika sampai di bumi Khurasan mereka sangat menyambut rombongan kami yang datang dari Timur. “ Hidup ini satu perjuangan. Life is a struggle …Mari berjuang untuk memperbaiki diri. Berjuang untuk mencari ilmu dan menghiaskan diri dengan akhlak dan adab. Supaya InsyaAllah kita beroleh Taqwa dan mendapat ketenangan hakiki di dalam jiwa. Tidak cukup dengan hanya menjadi seorang Muslim. Kita seharus nya berjuang sedaya upaya, untuk menjadi seorang Mu'min! ”


“Seseorang yang dengan terus terang mengkafirkan Abu Bakr dan Umar Radhiallah Anhuma, maka bererti dia telah menentang dan membinasakan Ijma kaum Muslimin. Padahal tentang diri mereka (para sahabat) ini terdapat ayat-ayat Al Quran yang Allah menjanjikan syurga kepada mereka dan pujian bagi mereka serta pengukuhan atas kebenaran kehidupan agama mereka, dan keteguhan aqidah mereka serta kelebihan mereka dari manusia-manusia lain”.- Imam Ghazali


“Bilamana riwayat yang begini banyak telah sampai kepadanya, namun dia tetap berkeyakinan bahwa para sahabat itu kafir, maka orang semacam ini adalah kafir. Kerana dia telah mendustakan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam. Sedangkan orang yang mendustakan satu kata saja dari ucapan baginda Rasul saw maka menurut Ijma’ kaum Muslimin, orang tersebut adalah kafir”.- Imam Ghazali


Imam Ghazali adalah seorang mujaddid kurun ke 5, wali Allah di zamannya. Dia terkenal dengan pembelaanya terhadap agama Islam. Oleh kerana itu dia digelar Hujjatul Islam. Dia menjadikan Islam sebagai cara hidup dan dilaksanakan di dalam kehidupan. Dia adalah benteng kepada agama Islam. Abu Hamid Al-Ghazali atau Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad At-Tusi, itulah namanya. Berasal dari Thusi, Khurasan dan gelaran Ghazali itu ada yang berpendapat daripada nama daerahnya, Ghazalah di Thusi, di Khurasan, Parsi. Dilahirkan pada 1058 Masihi bersamaan 450 Hijriah. Ada juga yang menggelarnya As-Syafie kerana bermazhab Syafie.


Dia dan adiknya, Ahmad membesar bersama-sama. Ayah mereka adalah penjual pakaian daripada bulu biri-biri. Sejak dari kecil lagi, dia dianugerahkan rasa yang mendalam terhadap Islam dan ilmu-ilmu Islam. Pendek cerita, setelah menuntut ilmu dari pelbagai ulama dan guru, dia menjadi terkenal dan dilantik menjadi pengetua di Madrasah An-Nizamiah di Baghdad. Telah menulis banyak kitab-kitab yang menjadi rujukan umat Islam hingga kini, antara yang terkenal ialah Ihya Ulumuddin.


Antara peristiwa dalam hidupnya ialah, ketika dia menjadi imam, adiknya Ahmad mufarakah dan tidak mengikutinya. Hal itu menjadi bualan kerana dia adalah orang besar, tiba-tiba adiknya sendiri tidak mengikutinya dalam sembahyang. Maka dia mengadu pada ibunya akan hal itu. Lalu si ibu memanggil kedua anaknya dan meminta Ahmad memberi alasan atau sebab mengapa dia mufarakah. Katanya, sewaktu dia menjadi makmum, dia ternampak darah di belakang badan abangnya.


Sedarlah Imam Ghazali bahawa adiknya telah dibukakan pandangan tembus oleh Allah kepadanya. Maka Imam Ghazali minta adiknya memberitahunya, bagaimana dia boleh pelajari ilmu tersebut.
Kata Ahmad, abangnya takkan mampu untuk belajar dengan guru nya itu. Namun selepas didesak berkali-kali, Ahmad akhirnya memberitahu di mana tempat gurunya. Imam Ghazali, kerana cintakan ilmu dan ingin mmbela Islam, terus ke tempat guru adiknya itu.


Sampailah dia di satu pasar, dan terdapat seorang yang dimaksud
kan oleh adiknya di celahan orang ramai di pasar itu. Lalu dia terus meminta izin untuk menjadi muridnya. Namun ditolak, atas alasan Imam Ghazali takkan mampu. Teruslah dia merayu supaya diterima.Selepas diterima, Imam Ghazali diminta tanggalkan jubah kebesarannya dan bersihkan tandas-tandas di pasar itu. Itulah kerja yang dilakukan Imam Ghazali setiap hari bila diminta mengajar kepadanya daripada guru tadi. Imam Ghazali adalah seorang yang taat dan lurus, dia tidak membantah.


Tak lama selepas itu, gurunya kata bahawa dia telah lulus dan boleh balik. Selepas tamat pengajian daripada guru tadi, bermulalah era baru dalam hidupnya. Dalam perjalanan pulang, dia terhoyong hayang. Ini menjadi tanda tanya dan kehairanan bagi masyarakat awam dan tersebarlah kata-kata bahawa Imam Ghazali sudah gila. Hal ini sampai kepada sultan lalu dipanggilnya Imam Ghazali ke istana. Sebelum menguji Imam Ghazali, sultan telah buang cincinnya ke dalam laut. Sultan tahu apa yang terjadi pada Imam Ghazali, bahawa martabatnya disisi Tuhan telah diangkat. Namun kebanyakan orang tidak mengetahuinya.


Pendek kata, sultan minta Imam Ghazali mencari cincinnya yang jatuh dilaut itu. Imam Ghazali menyelukkan tangannya ke dalam seluar, kemudian mengeluarkan sesuatu. Cincin sultan diambil dari dalam seluarnya lalu diserahkan kepada sultan. Disahkan bahawa memang itu cincin sultan yang hilang, lalu sultan memberitahu kepada yang hadir bahawa Imam Ghazali dah sebenarnya telah ditingkatkan makamnya di sisi Tuhan.


Proses yang dilaluinya di pasar itulah yang meningkatkan makamnya, iaitu proses membuang sombong dari hatinya. Kata Imam Ghazali, penyakit hati yang paling akhir sekali dan paling susah dan sukar dibuang adalah penyakit sombong. Antara hal yang menarik yang terjadi kepadanya ialah, sepanjang dia menulis kitab Ihya, baginda Nabi S.A.W. berada di sisinya. Apa-apa persoalan terus ditanyakan kepada Rasul S.A.W. Imam Ghazali juga pernah dituduh sesat semasa hayatnya. Kitab Ihya karangannya lebih banyak diterima selepas kematiannya. Begitulah proses yang Tuhan lakukan kepada kekasih-kekasihnya. Tak hairanlah Abuya juga dilakukan hal yang sama kepada dirinya.


         


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N