Langkau ke kandungan utama

KELUARGA ABUYA IMAM ASHAARI AT TAMIMI.

AKTIVITI KELUARGA ABUYA.


Pembinaan keluarga dalam Islam merujuk kepada perintah Tuhan, 
sebagaimana firman Allah dalam kitab suci Al Quran yang berbunyi,

                                    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا

Maksud firman Allah: "Wahai orang yang beriman  peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Api Neraka." ( At Tahrim 66:6 ).

Dalam bertindak untuk melaksanakannya kita perlukan model yang boleh dijadikan ikutan dan panduan.Sejarah adalah guru yang terbaik. Perjuangan Bani Uthmaniah telah menjadi bahan sejarah. Banyak perkara kebaikan yang telah dicetuskan boleh dijadikan panduan. Kesilapan yang berlaku boleh dijadikan iktibar dan pengajaran. Bani Uthmaniah menjadi panduan praktikal kepada umat Islam sekarang. Ianya bermula dari sebuah Bani atau sebuah institusi keluarga. Berkembang dengan pesat dan menjadi payung kepada bani-bani yang lain. Pengaruhnya terus berkembang dan akhirnya banyak bangsa dari benua-benua yang ada bernaung di bawahnya. Bani Uthmaniah ada memberikan garis panduan yang jelas untuk perjuangkan kebenaran. 


Perjuangan Abuya merujuk kepada sejarah perjuangan Islam zaman salafussoleh. Abuya berjaya menanamkan cita-cita Islam kepada keluarganya. Berjuang ke satu arah matlamat iaitu mendapatkan redha Allah SWT. Berada di bawah satu kepimpinan iaitu ketua keluarga sendiri. Dan perjuangan Abuya diteruskan oleh keluarganya. Masyarakat Islam boleh kunjungi ke premis-premis yang dikendalikan oleh keluarga Abuya. Projek tersebut menampung keperluan masyarakat setempat terutamanya.


Empayar keluarga Abuya tersebut mencetuskan ekonomi yang merangkumi keperluan makan minum seperti restoran, bakeri, 
kedai jahitan bengkel kenderaan, pasaraya, klinik pesakit luar, klinik bersalin khidmat trevel seperti urusan umrah, kereta sewa dan 
lain-lain. Melalui keluarga besar tersebut juga telah melahirkan panduan dari sumber yang satu iaitu dari pemimpin di dalam 
keluarga Abuya tersebut. Ilmunya pula mencakup ilmu fardhu ain 
dan fardhu kifayah. Dari minda Abuya yang meliputi pelbagai aspek ilmu untuk membangunkan berbagai-bagai sistem yang syumul dengan tujuan mendapatkan keredhaan Allah SWT. Khilafah Bani Uthmaniah ( keluarga Usmaniah )yang telah melakar sejarah sebuah model empayar Islam. Jadi, Abuya bercita-cita dan menanamkan kepada cita-cita tersebut kepada keluarganya untuk mengulangi sejarah Bani atau keluarga Usmaniah.


Bani Uthmaniah asalnya adalah sebuah masyarakat yang kecil. Dari masa ke semasa umat Islam rasa dapat pembelaan di bawah naungan bani tersebut. Pertolongan dan bantuan yang Tuhan bagi ke atas individu yang bertaqwa mudah dilihat dan dikesan. Tetapi pertolongan dan bantuan yang Tuhan bagi di atas dasar sebuah Bani sukar hendak di kesan. Ini kerana pertolongan dan bantuan Tuhan itu dirata dan dipelbagaikan. Ada dikalangan Bani Uthmaniah yang dijadikan kaya, ada yang diberi ilmu. Ada yang penyantun dan berkasih sayang. Ada yang pandai membuat perhubungan. Ada yang pandai mendidik. Ada yang pandai mentadbir dan sebagainya. Satu sama lain berlaku saling bantu membantu, kuat menguat dan perlu memerlukan di kalangan mereka.


Firman Tuhan : 

وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ.

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.
( Al- An'aam: 153 ).

Khilafah Islamiah Uthmaniah adalah sebuah wadah umat Islam yang bertaraf empayar terakhir. Ia di asaskan oleh keluarga Bani Uthmani Daulah Bani Uthmaniah (الدولة العثمانية) Ini adalah sebahagian kecil dari keseluruhan suku-suku bangsa Turki yang dikenali sebagai bangsa Turki yang masuk ke Asia Kecil semenjak abad kesebelas yang lalu.Empayar Khilafah Uthmaniah ini pernah menjadi model dan ikon kemajuan dunia serta sumber inspirasi abad pertengahan di Eropah.Para Khilafah Uthmaniyah membina empayar mereka dengan semangat Islam yang menyala dan membara. 


Mereka membangunkannya dengan keringat dan kesungguhan, darah dan air mata, harta benda dan jiwa, demi menegakkan syariah dan kalimah Allah.Tidak hairanlah dengan semangat juang yang tinggi itu mereka berjaya menakluk Konstantinople yang menjadi idaman setiap bangsa dunia ketika itu.Perjuangan mereka berpandukan sabda Rasulullah s.a.w, “Konstantinople akan dapat ditakluki oleh seorang lelaki. Maka dia adalah sebaik-baik pemimpin dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” Janji Rasulullah s.a.w ini tertunai apabila pada tahun 1453, kota Konstantinople jatuh ke dalam genggaman Sultan Muhammad al-Fatih. 


Pembentukan kerajaan Uthmaniyah dengan asas kekuatan jihad Islam telah menjadikan mereka sebagai satu pasukan elit yang terlatih, berdisiplin, bersemangat, memiliki keberanian dan ketangkasan yang tiada taranya.Malahan semangat dakwah mereka mampu merubah satu bangsa nomad yang sederhana menjadi sebuah pembangun empayar yang amat digeruni dengan kuasanya melebar ke tiga benua iaitu di Afrika, Asia Tengah dan Eropah hingga menjangkau ke benteng kota Vienna, Austria.


Paul Kennedy menyatakan dalam tulisannya : “Empayar Uthmaniyah bukan hanya sebuah kerajaan tentera malahan ia mampu menjadi penakluk elit yang dibentuk dari satu kesatuan iman, budaya dan bahasa pada sebuah kawasan yang lebih luas dari Empayar Rumawi (Byzantine) dan bagi penduduk yang lebih besar jumlahnya. Dalam beberapa abad sebelum kurun ke-14, Islam telah melampaui Eropah dalam bidang kebudayaan dan teknologi. Kota-kotanya sangat luas, tersusun dan perairan yang sangat baik. Beberapa kota turut mempunyai perpustakaan yang lengkap dan masjid yang indah. Dalam bidang matematik, kartografi, perubatan dan aspek lain daripada jurusan sains dan industri, kaum muslimin sering terkehadapan.”


Pada ketika itu tema utama yang diperjuangkan keluarga Bani Uthmani bersama pengikut-pengikutnya ialah “Kembali kepada  membenarkan janji Allah" dan yang menonjol ialah berpakaian menutup aurat, menghidupkan suasana Islam di semua peringkat, bermula dari keluarga, negara dan seterusnya di peringkat empayar mengikut Syariat Islam. Bersama dengan arus kebangkitan dan kesedaran Islam yang diperjuangkan oleh keluarga bani Uthmani untuk membenarkan janji Allah. Pengaruh keluarga Bani Uthmani semakin meluas.


Tidak dinafikan aspek kekuatan lahiriah dan rohaniah sangat penting untuk kesinambungan sesuatu gerakan, namun banyak lagi faktor lain yang perlu diambil kira seperti aspek kepimpinan, keagamaan, keilmuan,ketaatan,pengurusan, pembinaan dan lainnya. Perjuangan Abuya yang diteruskan oleh keluarganya menjadikan perjuangan Bani atau keluarga Usmaniah ( Uthmaniah) dijadikan rujukan kepada perjuangan Abuya dan keluarganya. Perjuangan Bani Usmaniah akan berulang dalam perjuangan keluarga Abuya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N