Langkau ke kandungan utama

MENANAMKAN CITA-CITA ISLAM.

MENANAMKAN ROH ISLAM MELALUI PENDIDKAN.

( Kota Constantinnople sekarang Istanbul ).

Seorang manusia yang baik, mustahil ia berlaku secara kebetulan. Walaupun Allah sudah membekalkan kepada manusia sifat-sifat fitrah semulajadi yang baik, tetapi bekalan itu tidak mencukupi untuk membenteng manusia dari berlaku baik kerana terlalu banyak cabaran serta godaan dunia yang mendatang. Ditakuti bila dicabar, bekalan yang dibekalkan oleh Tuhan kepada manusia akan habis. Sebab itulah manusia tidak boleh hanya mengharapkan bekalan yang Allah kurniakan sahaja. Di samping bekalan yang ada manusia juga boleh menjadi baik hasil dari didikan. Sejarah telah memberitahu kita  dengan didikan yang ada roh Islam contoh yang berlaku kepada Sultan Al-Fatih.


Sejak kecil Al-Fatih telah dididik oleh dua ulama besar pada zamannya, yaitu Syaikh Al-Kurani dan Syaikh Al Syamsuddin.Ia diajarkan ilmu-ilmu agama seperti Al-Qur’an, Hadits, Fiqih, Matematik, Falak, Sejarah, Ilmu Peperangan, dan Bahasa. Ia diketahui menguasai tujuh bahasa, yaitu : bahasa Arab, Turki, Parsi, Latin, Yunani, Serbia, dan Ibrani. Sejak kecil Al-Fatih meneliti usaha ayahnya menaklukkan Konstantinopel, yang waktu itu dikuasai Kekaisaran Romawi Timur atau Byzantium. Sehingga tertanam cita-citanya keinginan yang kuat baginya untuk meneruskan cita-cita umat Islam. Iaitu membenarkan janji Allah melalui lidah Rasulullah SAW.


Penaklukan Konstantinopel
“Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan.” (H.R. Ahmad).

Hadits Rasulullah SAW tersebut akhirnya terbukti berlaku ditangannya. Kota Konstantinopel berjaya ditawan oleh pasukan kaum muslimin yang dipimpin oleh Muhammad Al-Fatih, panglima muda yang memimpin pasukan dalam usia sekitar 23 tahun. Ketika ayahnya meninggal dunia (5 Muharram 852/7 Februari 1451 M), saat itu Muhammad Al-Fatih baru berusia 20 tahun. Syeikh Aaq Syamsuddin menyatakan keyakinannya bahwa Sultan Muhammad Al-Fatih adalah kabar gembira yang dikabarkan Nabi Muhammad bahwa Sultan Muhammad Al-Fatih-lah yang akan membebaskan kota tersebut.
Syeikh Al Syamsuddin mengatakan  kepada Sultan Muhammad II selalu menyatakan kandungan hadits tersebut.


Sejak saat itu, Sultam Muhammad II menjadi cita-citanya untuk menaklukkan Konstantinopel. Dalam rangka itulah, Al-Fatih berusaha memperkuat kekuatan militer Utsmani. Ia pun melatih pasukannya dengan kemampuan tempur dan semangat jihad. Diceritakan bahwa pasukan Sultan Muhammad II atau pasukan Al-Fatih dikenal tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh, dan separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat tahajud sejak baligh. Hanya Al-Fatih saja yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, solat tahajud dan solat rawatib sejak baligh hingga beliau meninggal dunia.


Menanamkan roh Islam dengan menghidupkan jiwa manusia dengan jiwa tauhid. Dunia pada hari ini hanya mementingkan pencapaian pelajaran sedangkan jiwanya tidak dididik. Apabila sesuatu kejadian menimpa, manusia hanya mengkaji dan menyelidik soal lahiriahnya. Lalu dirumuskanlah bahawa kejadian itu berpunca dari itu dan ini. Jarang manusia mahu melihat perkara tersirat dalam setiap `takdir` Tuhan itu. Sepanjang sejarah umat-umat dahulu, bila manusia terlalu mungkar dengan Tuhan, maka Dia akan turunkan bala kepada mereka. 


Sejarah telah menceritakan sebagai contoh kisah umat Nabi Nuh a.s pernah dibalakan dengan dengan banjir besar kerana degil dan tidak mahu tunduk kepada Tuhan dan tsunami juga telah memaparkan kemarahan Tuhan. Bilakah lagi hati kita hendak tersentuh atau tercuit, bahawa ini semua adalah satu peringatan Tuhan untuk kita. Meletusnya gunung berapi bukan fenomena alam, tetapi adalah hasil kemarahan Tuhan bagi siapa yang celik hatinya. 



Begitu juga setiap peristiwa dan kejadian, hati tidak terasa kebesaran-Nya. Misalnya kejadian malam dan siang yang silih berganti. Sejak alam ini diciptakan sehinggalah waktu ini, belum pernah malah mustahil Tuhan tersilap di dalam mentadbirnya. Bijaksana-Nya Tuhan mengatur segala-galanya berjalan lancar. Belum pernah lagi terjadi, Tuhan tersilap memancarkan matahari pada waktu malam! Pun begitu setiap kali pertukaran malam dan siang, hati kita tidak pernah terasa itulah bijaksana-Nya pentadbiran Tuhan. 




Adakalanya berlaku banjir besar (tsunami), gunung berapi meletup, gempa bumi yang menggoncang yang kesemuanya boleh melenyapkan apa sahaja yang ada di dalam sekelip mata. Waktu itu tiada satu kuasa pun yang boleh menahannya. Dialah yang Maha Gagah lagi Maha Perkasa. Ternyatalah semua yang ada di dalam takluk-Nya. Tapi hairan, walau segagah itu kehebatan Tuhan, hati kita masih tidak terasa sifat Jabbar dan Qahhar-Nya. Ada yang berkata, " Kejadian yang berlaku adalah nature." Hati manusia terus buta untuk mengakui kehebatan Tuhan itu.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N