Langkau ke kandungan utama

BILA HATI TIDAK SENSITIF DENGAN TUHAN.




Apabila sesuatu kejadian menimpa, manusia hanya mengkaji dan menyelidik soal lahiriahnya. Lalu dirumuskanlah bahawa kejadian itu berpunca dari itu dan ini. Jarang manusia mahu melihat perkara tersirat dalam setiap `takdir` Tuhan itu. Sepanjang sejarah umat-umat dahulu, bila manusia terlalu mungkar dengan Tuhan, maka Dia akan turunkan bala kepada mereka. Sejarah telah menceritakan sebagai contoh kisah umat Nabi Nuh a.s pernah dibalakan dengan dengan banjir besar kerana degil dan tidak mahu tunduk kepada Tuhan dan tsunami juga telah memaparkan kemarahan Tuhan. 


Bilakah lagi hati kita hendak tersentuh atau tercuit, bahawa ini semua adalah satu peringatan Tuhan untuk kita. Meletusnya gunung berapi bukan fenomena alam, tetapi adalah hasil kemarahan Tuhan bagi siapa yang celik hatinya. Begitu juga setiap peristiwa dan kejadian, hati tidak terasa kebesaran-Nya. Misalnya kejadian malam dan siang yang silih berganti. Sejak alam ini diciptakan sehinggalah waktu ini, belum pernah malah mustahil Tuhan tersilap di dalam mentadbirnya. 


Bijaksana-Nya Tuhan mengatur segala-galanya berjalan lancar. 
Belum pernah lagi terjadi, Tuhan tersilap memancarkan matahari pada waktu malam! Pun begitu setiap kali pertukaran malam dan siang, hati kita tidak pernah terasa itulah bijaksana-Nya pentadbiran Tuhan. 
Adakalanya berlaku banjir besar (tsunami), gunung berapi meletup, gempa bumi yang menggoncang yang kesemuanya boleh melenyapkan apa sahaja yang ada di dalam sekelip mata. 


Waktu itu tiada satu kuasa pun yang boleh menahannya. Dialah yang Maha Gagah lagi Maha Perkasa. Ternyatalah semua yang ada di dalam takluk-Nya. Tapi hairan, walau segagah itu kehebatan Tuhan, hati kita masih tidak terasa sifat Jabbar dan Qahhar-Nya. Ada yang berkata, " Kejadian yang berlaku adalah nature." Hati manusia terus buta untuk mengakui kehebatan Tuhan itu.


Firman Allah Ta’ala dalam surah Adz –Dzaariyaat ayat 56 , berbunyi :
وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون 
Kira-kira maksudnya: “Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah-Ku.”

عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له
Maksud hadis :
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.” (HR Muslim).

PENJELASAN HADITH :
Sesungguhnya kita diciptakan oleh Allah mempunyai maklumat yang tertentu yaitu agar kita sentiasa mengabdikan diri kepada Allah serta mentaatinya dengan melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.


Allah telah menjanjikan pahala bagi mereka yang sentiasa beriman dan bertakwa kepadanya sebagai jaminan untuk mencium bau syurga dan juga memberikan dosa dan api neraka kepada mereka yang mengkufuri perintahnya. Segala amalan kita didunia akan terputus apabila kita kembali menghadap ilahi. Namun terdapat 3 amalan sahaja yang masih dterima allah sebagai pahala kita di akhirat nanti meskipun kita sudah meninggalkan dunia fana ini. Amalan-amalan tersebut adalah:
1) amal jariyah
2) ilmu yang bermanfaat
3) anak soleh yang mendoakan ibu dan bapanya.


Di sini jelas menunjukkan kepada kita betapa tingginya nilai rahmat dan kasih Allah terhadap hambanya, memberikan peluang untuk memperolehi pahala walaupun kita sudah berada di alam barzakh. Sekarang terserahlah kepada kita untuk mengambil peluang keemasan ini selagi hayat masih ada.Di akhir zaman ramai umat Islam beribadah secara jahil kerana mempelajari syariat secara rambang sahaja,tidak faham peranan syariat, tidak faham mana yang fardhu, mana yang wajib, mana yang sunat, sah batal pun tidak begitu difahami oleh ramai umat Islam. Apakah beribadah seperti ini 
Tuhan terima?


Adakalanya kerana mengejar fadhilat terlanggar yang fardhu dan yang wajib, kerana membuat yang sunat tidak peduli pantang-larang syariat.Hendakkan fadhilat puasa Isnin Khamis, waktu berbuka tidak kira makanan halal atau haram.Kerana mengejar pahala umrah, setiap tahun mengerjakan umrah, fakir miskin depan rumah diabaikan, bahkan dibiarkan. Kenduri arwah tidak dicuaikan, tapi sembahyang fardhu diabaikan. 


Kerana hendakkan fadhilat sembahyang di raudhah, berkasar dengan orang, sakit pula hati orang yang wajib dijaga.Kerana hendak mencium hajarul aswad melanggar dan menyiku orang, padahal perbuatan itu adalah haram,mencium hajarul aswad hanya sunat sahaja di dalam Islam,tidak mencium bukan satu kesalahan. Rajin bersembahyng malam tapi bakhil menjadi pakaian, sombong menjadi budaya sedangkan perbuatan itu adalah haram termasuk dosa besar. Rajin berdakwah, sering membuat ceramah tapi kerana nama dan glamour yang dilarang Allah. 


Beribadah di masjid rajin, tapi di rumah Allah Taala itu jugalah dia mengumpat,bercerita tentang dunia. Berpuasa sunat jarang ditinggalkan tapi sepanjang hari membuka aurat atau berpakaian ketat.Meninggalkan sunat bukan satu kesalahan, mendedahkan aurat perkara yang dilarang.Begitulah umat Islam bersyariat di akhir zaman. Rajin juga beribadah tapi pantang larang, tata tertib, mana yang utama tidak difaham.Kalau di Mekah atau di Madinah, bersembahyang di kedua-dua masjid ini ada yang melangkah orang sedang bersembahyang, berkasar dengan orang kerana merebut tempat sembahyang. Di dalam beribadah berkecai ukhuwah dan kasih sayang yang sangat dituntut oleh Islam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N