Langkau ke kandungan utama

WANITA DICIPTA DARI TULANG RUSUK.

WANITA BUKAN MANUSIA SECOND CLASS


Wanita itu dicipta dari tulung rusuk yang bengkok bukanlah Hadis yang asing bagi kita. Pandangan umum tentang maksud Hadis ini ialah wanita itu mudah terpengaruh melakukan perkara-perkara yang kurang baik. Kalau dibiarkan, mereka akan terus berkeadaan bengkok . Kalau hendak diluruskan pun, mesti berhati-hati kerana takut-takut mereka terus patah. Dengan kata-kata lain ia menunjukkan kelemahan wanita. Wanita seolah-olah manusia kelas kedua. 


Apakah tafsiran ini tepat? Mari kita tinjau apakah sebenarnya maksud Hadis ini? 

Ia suatu keistimewaan 

Maksud bengkoknya tulang rusuk itu adalah satu kesempurnaan dan bukan satu keburukan kepada diri wanita. Kerana bengkoknya tulang rusuk itulah, ia dapat melindungi organ-organ yang sangat penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, hati, paru-paru dan limpa. Kalau tulang rusuk itu tidak bengkok, ia tidak dapat memainkan peranan itu. 




Ini bermakna bengkoknya wanita ialah satu sifat semulajadi yang Allah ciptakan untuk wanita agar dia dapat memainkan peranan yang tidak dapat dimainkan oleh lelaki. Sifat semulajadi yang dimaksudkan itu ialah sifat rahmah atau penyayang pada wanita. Dengan sifat penyayang ini, wanita mampu memelihara, menjaga dan mengasuh serta mendidik anak dengan sabar. Demikian juga mereka boleh melakukan tugas-tugas masyarakat yang memerlukan sifat lembut dan penyayang. 




Tanggapan negatif terhadap wanita perlu dikikis. Secara individu, kemampuan wanita untuk menjadi baik adalah sama dengan kemampuan lelaki. Kalau lelaki boleh capai taraf iman yang tinggi, begitu juga wanita. Kalau lelaki boleh mencapai tahap taqwa yang tinggi, begitu juga wanita. Cuma, wanita tidak boleh mencapai tahap iman atau ketaqwaan yang tertinggi iaitu tahap para Nabi dan Rasul. 


Tetapi mereka ini lelaki pilihan, lelaki biasa pun tidak boleh capai tahap tersebut. 


Walau bagaimanapun, untuk menjadi seorang wanita yang sempurna di sisi Islam, wanita perlulah dipimpin oleh lelaki kerana itulah kelebihan yang Allah sudah kurniakan kepada kaum lelaki sepertimana kelebihan sifat penyayang itu dikurniakan kepada wanita. Tidak ada diskriminasi dalam Islam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N