Langkau ke kandungan utama

SINGA PADANG PASIR BERMODALKAN TAQWA.


Taqwa itu sebagai pakaian kehidupan pejuang kebangkitan Islam pertama dan kali kedua. Taqwa sebagai modal untuk menarik bantuan Tuhan. Hasil para sahabat mengusahakan taqwa, dunia datang menyerah diri kepada mereka. Namun sejarah pembangunan roh hanya berlaku apabila Rasulullah memperjuangkan Islam bersama para sahabat. Rasulullah telah mengutamakan pembangunan roh atau jiwa lebih dari segala-galanya. Tidak ada bangunan pencakar langit yang dibangunkannya tetapi yang dibangunkan ialah institusi pembinaan roh iaitu masjid-masjid dari batang-batang pokok tamar sahaja. Di sanalah Rasullullah saw mendidik roh dan membangunkan jiwa para sahabat dengan mengenalkan Tuhan kepada mereka hingga setiap orang ditanam rasa cinta dan takutkan Tuhan. 


Taqwa menjadi modal perjuangan umat Islam di era kebangkitan pertama dan kebangkitan kali kedua. Di mana pun umat Islam modal mereka adalah taqwa. Termasuklah bumi Afrika Utara.Negara di Afrika Utara, menurut definisi PBB: Aljazair. Libya. Maroko. Mesir. Sahara Barat. Sudan. Tunisia. Sahara Barat. Sudan.Nama "Libya" berasal dari bahasa Mesir "Lebu", sebutan bagi orang-orang Berber yang tinggal di sebelah barat Sungai Nil, dan diadopsi oleh bahasa Yunani sebagai "Libya". Pada zaman Yunani kuno, istilah ini memiliki arti yang lebih luas, yang mencakup seluruh Afrika Utara di sebelah barat Mesir, dan kadang ditujukan untuk seluruh benua Afrika. Sejarah Libya adalah sebuah kerajaan yang didirikan pada 24 Desember 1951. Raja Idris Ibertindak sebagai pemimpin pemerintahan. Italia merebut Libya dari Kekaisaran Ottoman(Turki) dan menjadikannya wilayah jajahan. Sebuah negara yang terletak di Afrika Utara dan berbatasan dengan Laut Tengah ini mendapat kemerdekaan setelah Italia menyerah kepada Sekutu dalam Perang Dunia II.


Pada ketika Itali mahu mengembalikan era kegemilangan Empayar Rom, Libya menjadi antara sasaran mereka bagi meluaskan kuasa. Selepas berjaya menghalau tentera Empayar Uthmaniyah daripada Libya, Itali mendabik dada sebagai penjajah. Tetapi kegembiraan Itali tidak lama, kerana di Libya muncul seorang pejuang yang digeruni, pejuang yang mendapat gelaran Singa Padang Pasir, iaitu Umar Mukhtar. Beliau bersama rakyat Libya mengangkat senjata menentang tentera Itali yang serba moden. 


Walaupun Umar Mukhtar dan tenteranya serba kekurangan, tetapi tentera Itali tidak pernah mampu mengalahkan mereka, tidak mampu menewaskannya, selama puluhan tahun. Semua itu 
berubah pada ketika kehadiran Jeneral Rodolfo Graziani. Akhirnya buku bertemu ruas. Namun Umar Mukhtar tahu, hidup dan matinya tidak akan pernah sia-sia, kerana dia berjuang demi agama dan bangsa. Perjuangan yang menangnya beroleh pahala, dan matinya menemui syurga. Umar Mukhtar di kenali satu tokoh yang dikenali sebagai 'abid dimalam hari dan pejuang disiang hari.' 


Hasil solat yang tepat dan dijiwai atau ada roh menjadikan diri Umar Mukhtar sangat memberikan manfaat kepada umat Islam dan geruni oleh tentera Itali yang serba moden. Webawanya sangat terserlah depan tentera Itali yang bernama Jeneral Rodolfo Graziani. Dia juga disayangi oleh tenteranya. Ketokohannya membangunkan tenteranya yang berkasih sayang, yang bersatu padu, yang boleh rasa bersama, bekerjasama, boleh berdaulat dan menjadi benteng kepada  empayar Islam Usmaniah yang menaungi dunia ketika itu. Ini dapat dilihat pada peribadi-peribadi yang menjadi tokoh panglima penting membawa Islam yang akhirnya dapat berdaulat di bumi Libya Tariq, Musa bin Nusair dibumi Andalusia, Uqbah bin Nafi' dibumi Morocco dan mereka semua berjaya mengalahkan musuh-musuh mereka. 


Tidak cukup gereja-gereja yang ada bertukar menjadi masjid, dibina pula masjid-masjid untuk menampung keperluan umat Islam yang meriah hidup mereka dengan mengagungkan Tuhan. Solat yang mereka lakukan benar-benar dihayati lahir dan batin dan membuahkan peribadi yang agung, iaitu lahir satu bangsa yang kuat dan berdaulat. Bukan sahaja berdaulat tetapi boleh mencatur dunia dengan ajaran Tuhan hingga bukan umat Islam dapat manfaat tetapi orang bukan Islam pun dapat manfaat di dunia ini. Kalau begitu ajaran Islam ini sangat indah dan hebat, selamat dan menyelamatkan. Selama ini kita lakukan solat sekadar cukupkan syarat dan rukunnya 


Para sahabat menjadi pejuang-pejuang Rasulullah saw yang sangat berani, cerdik dan pandai serta berakhlak dan berdisiplin. Lalu dari Madinah yang kecil lahirlah empayar Islam yang mencakupi 3/4 pelusuk dunia. Ia tertegak megah selama 700 tahun . Saidina Umar Al Khattab membuka Rom dan Parsi. Islam dibawa ke China oleh rombongan yang dipimpin Saad bin Abi Waqqash.Uqbah bin Nafi' membuka Afrika Utara. Amr bin ‘Ash berhasil menguasai Mesir dan mengalahkan tentara Byzantium dan kota Fustat pun menjadi ibu kota Islam pertama di Afrika. Pada masa khalifah Usman bin Affan,  ia mengirimkan Abdullah bin Sa’ad bin Abi Sarah yang kemudian boleh mengalahkan tentara Byzantium dalam peperangan di Laut Tengah.Khalifah Uthman bin Affan penyebaran Islam meluas ke Barqah dan Tripoli, Libya sekarang. Zaman Muawiyah Islam membuka Eropah ( Sepanyol) hingga Selatan Peranchis.


Tiga ratus tahun dari Rasulullah umat Islam menjadi manusia yang kental jiwa dan memiliki ketahanan roh yang sangat tinggi lalu tidak ada apa yang mereka takutkan melainkan Tuhan sahaja. 
Para sahabat berjaya membangun empayar,kerana  mereka memilki kekuatan mental, fizikal dan roh. Siapapun apabila ketiga-tiga unsur ini dibangunkan, jadilah bangsa itu satu bangsa yang kuat 
dan gagah, cemerlang, gemilang dan terbilang. Ertinya, ketiga-tiga unsur itu adalah faktor penting yang rnenjadikan setiap bangsa itu  `aset` kepada negara masing-masing. Atas nama orang Islam mereka kena sedar, Tuhan yang menguasai langit dan bumi, yang khazanah alam Dia yang punya, yang Dia itu memegang hati-hati manusia ciptaanNya, hanya akan membantu dan menolong sesuatu bangsa itu atas nama agama Islam. 






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N