Langkau ke kandungan utama

CINTAKAN NEGARA.


CINTAKAN BANGSA, NEGARA ADALAH BUAH CINTAKAN TUHAN.




Kita ini dari pemimpin hinggalah rakyat jelata mudah sahaja berkata: Kita kenalah bertolak ansur! Barulah kita boleh hidup bersama. 
Apakah bertolak ansur itu mudah, apa kaedahnya? Apa pemangkinnya?! Pernahkah kita dididik rakyat cara itu dari kecil lagi! Cuba jawab bersama Marilah kita bekerjasama untuk kepentingan bersama! Mudah sahaja kita berkata begitu, ilmunya tidak pernah diperkatakan.Kalau kita bercakap orang sudah boleh menerima dan boleh melakukannya ertinya mudahnya mendidik manusia, begitukah? 


Mendidik manusia, kena kenallah manusia, ada ilmunya, ada kaedahnya. Mendidik manusia tidak semudah dikata sekiranya dari kecil tidak pernah diasuh, dari sekolah lagi tidak pernah diperkata tiba-tiba setelah dewasa minta dikota?! tidak masuk akal, tidak munasabah manusia boleh terus bertindak. Sikap dan watak manusia itu adalah hasil asuhan dan didikan ia mestilah dilatih dari kecil lagi barulah berkesan Marilah kita cintakan agama, bangsa dan negara! Slogan ini tidak semudahnya orang boleh cinta.


Kalau cinta nafsu, memang tidak payah diajar, tidak payah diasuh, orang sudah sedia pandai.Macam cinta laki-laki atau perempuan, ia cinta nafsu mudah berlaku,kita kenalah faham ini. Tapi cintakan agama, bangsa dan negara tidak mudah berlaku hanya sekadar berkata. Ia bukan cinta kepada sesuatu yang terangsang dan merangsang macam cinta laki-laki dan perempuan. Cinta yang ini mudah berlaku tidak diceritakan pun berlaku, memang setiap hari berlaku. 


Cintakan agama, bangsa dan tanah air tidak begitu ia perlu diasuh dari kecil, dididik dari sekolah lagi. Ia perlu pemangkin, perlu ilmu, perlu kesedaran, perlu galakan, hingga mendarah mendaging.
Disebut selalu itu hanya hendak menyuburkan sahaja sedangkan asasnya sudah ada, sudah bertapak di jiwa. Diharap semua golongan faham dan ambil tahu bahawa sebenarnya perkara besar, semua hal adalah hasil didikan bermula dari kecil lagi.


Tidak pernah kita dengar orang berkata : 
Aku tidak mahu menipu kerana aku takut bangsa dan negara atau ada hati kecil berkata: Aku tidak mahu hasad dengki, tidak mahu berdendam, mencuri, berzina dan lain-lain kejahatan kerana takut negara. Atau ada kedengaran orang menberi nasihat seseorang: 
Buatlah baik jangan buat jahat takutlah kepada bangsa dan negara!
Yang selalu kita dengar atau hati kecil berkata Aku tidak mahu buat jahat. atau Aku hendak buat baik kerana Allah suruh kita. 
Tuhanlah suruh buat 
Tuhan tidak suka 
Tuhan akan masukkan neraka orang yang jahat


Orang buat baik atau tidak mahu buat jahat ada kaitan dengan Tuhan. Rupanya buat baik atau tidak buat jahat jarang orang kaitkan dengan bangsa dan negara. Cuma kalau orang buat baik kerana Allah, bangsa dan negaralah yang mendapat untungnya. Oleh itu kalau hendak mendidik manusia, kaitkan dengan Tuhan, yang mendapat untung sudah tentulah bangsa dan negara.


Hendak jadikan manusia baik dan tidak jahat kenalkan Tuhan dan asuh manusia mencintai-Nya atau takutkan-Nya bukan ajak manusia cintakan bangsa atau negara. Cintakan bangsa dan negara adalah buah cinta Tuhan Allah . Kalau manusia baik dan manusia sudah tidak jahat, kerana takutkan Tuhan memanglah bangsa dan negara yang mendapat untung.Bangsa dan negara secara automatik maju, aman damai kerana orang takutkan Allah bukan takutkan bangsa dan negara.


Tetapi apa yang terjadi sekarang para pemimpin mendidik rakyat cintakan bangsa dan negara. Bangsa dan negara tidak dicintai, Tuhan pun bukan sahaja tidak dicintai bahkan Tuhan pun dilupai. Cintakan Allah, membawa orang cintakan bangsa dan negara. Cintakan Allah, bangsa dan negara yang akan mendapat untung adalah bangsa dan negara maju, aman damai dan harmoni. Jadi cintakan Allah Tuhan semesta, adalah rahsia atau anak kunci orang cinta agama, bangsa dan negara.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N